Tentang Cik Long Yani

Assalamulaikum semua & salam sejahtera..
Terima kasih kerana mengunjungi blog Cik Long Yani. Sedikit pengenalan dari Cik Long untuk pengetahuan sahabat-sahabat semua.

Nama penuh Cik Long adalah NUR ADYANI MOHAMED merupakan admin untuk blog CikLongYani.com dan anak sulung dari 7 adik beradik. Berasal dari Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.

Mula mengenali Shaklee melalui Vivix yang banyak membantu ma Cik Long. Ma telah terlantar akibat strok sejak 2014 lagi dan telah kembali ke rahmatullah pada 5 Mei 2017 yang juga merupakan tarikh lahir cucu pertama ma. Panggilan Cik Long ini adalah panggilan anak saudara kepada Cik Long yang dipilih oleh arwah ma.

Sejak beberapa tahun yang lepas, Cik Long selalu menghadapi masalah penat yang keterlaluan. Stress, gastrik, migrain, sengugut silih berganti sehinggakan tidak mampu untuk bangkit dari katil untuk pergi kerja. Malah hb darah pernah mencecah 8.5 ! Penat berulang alik ke hospital untuk rawatan menyebabkan Cik Long mula mencari penawar bagi segala kesakitan ini kerana Cik Long mencintai apa yang Cik Long buat di pejabat, kerja yang memerlukan bukan sahaja komitmen yang tinggi malah menuntut untuk sentiasa SIHAT dan CERGAS.

Cik Long telah berdaftar sebagai ahli shaklee pada pertengahan 2016 dan mula mengamalkan pengambilan vitamin-vitamin Shaklee yang pelbagai dan alhamdulillah kesihatan pun semakin bertambah baik. Kadang-kadang terasa nak telan satu botol terus sebab nikmatnya apabila kita sihat.

Selepas merasai Shaklee Effect kepada diri sendiri, Cik Long merasakan bertanggungjawab untuk sama-sama membantu sesiapa sahaja terutama yang pernah mengalami masalah yang dihadapi oleh Cik Long. Tambahan pula Shaklee mempunyai sistem yang bagus, sokongan tim yang kuat serta ukhwah persahabatan yang begitu rapat.

MISI CIK LONG YANI :
Melahirkan individu yang berjaya mencapai kebebasan kesihatan optimum, kewangan yang stabil dan masa bersama keluarga melalui pemakanan sihat.