Assalamualaikum wrt wbt

Blog www.CikLongYani.com bukanlah blog pertama Cik Long. Sebelum ini Cik Long suka bereksperimen di blogspot, wordpress dan multiply untuk menulis catatan suka duka masam manis pahit getir perjalanan hidup Cik Long.

Dulunya Cik Long malu untuk berkongsi dan kekangan masa untuk menulis juga faktor sampingan tetapi galakan dari Kak Chik Haniza telah mendorong Cik Long untuk menulis apa sahaja yang terlintas di dalam kepala. Alhamdulillah, sedikit sebanyak membantu Cik Long menulis lebih baik pada hari ini.

Selain itu juga catatan ini banyak membantu Cik Long mengingati memori lama serta sulur-galur sejarah beberapa projek yang Cik Long usahakan sebelum ini. Semoga ianya bermanfaat untuk rujukan orang lain jua suatu hari nanti.

Catatan lama Cik Long berada dibaca di SINI.