Kecoh di Kok Lanas

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156134863756254&id=527881253

Pagi-pagi hari ini Cik Long keluar rumah dengan Nur Adyana Mohamed untuk ke Kok Lanas.

Semalam ada kekecohan sedikit kerana ada pelanggan dari Algeria mahu menginap di aAdy Homestay.

MasyaAllah. Cik Long tak terperasan langsung ada tempahan saat akhir oleh Tuan Abou Abdillah dan Puan Nabihah melalui Booking.com.

Aduhai… kelam kabut dibuatnya…

Tambahan pula Cik Long seharian mesyuarat dari pagi sampailah rapat nak masuk maghrib. Memang tak sempat langsung menjengah emel apatah lagi memeriksa peti surat di dalam Booking.com.

Nasib baiklah Cik Long menolak pelawaan kak Norhaiti Haiti untuk menghadiri program anjuran PERKIM semalam. Kalau tak, apalah nasib mereka sekeluarga.

Tuan Abou Abdillah hanya menelefon Cik Long apabila dah sampai depan homestay. Macam bercakap ayam itik la weh… sebab mereka hanya bercakap dalam bahasa Arab dan Perancis sahaja. Nasib baik Adyana boleh bercakap Arab, jadi Cik Long minta tolong dia jadi penterjemah.

Tetapi masalah tidak habis disitu sahaja, disebabkan rumah belum lagi sedia 😨. Terus Cik Long hubungi Kak Aya, penjaga rumah. Nasib Kak Aya ada disekitar Kok Lanas sahaja semalam. Memecut Kak Aya pergi memasang cadar dan menyapu lantai.

Apapun pertolongan sahabat dan juga jiran setaman Munirah Embong dan suami Adib Faisal Yaacob banyak membantu Cik Long semalam. Hanya Allah sahajalah tahu betapa leganya hati ini apabila kekecohan ini dapat diselesaikan dengan pertolongan mereka.

Maka pagi ni Cik Long ke Kok Lanas untuk bertemu Munirah, Adib dan Kak Aya untuk mengucapkan terima kasih atas pertolongan semalam.

Malah sempat pergi berjumpa dengan Tuan Abou Abdillah dan Puan Nabihah untuk meminta maaf sendiri di atas insiden yang diluar jangkaan.

Inilah pertama kali menerima tetamu luar negara dan berlaku kekecohan sebegini. 😬

Lega… lega sesangat.

Dalam perjalanan pulang, singgah beli durian. Tanda syukur dan juga sebab dah teringin sangat nak makan durian. Nak pergi makan di Batu Kurau, jauh sangatla Rahimah Rani.

Terima kasih Nik Fillah yang mewakili Cik Long ke mesyuarat yang sepatutnya pergi pagi ni. Dan sahabat-sahabat yang membantu pengambaran pagi tadi Bazilah Kamaruldin Zie Addin Shasliza Leeza Aqilah Hasan Aisyah Adnan dll. Terima kasih semua. Sayang kamu kerana Allah ❤.

#DiariCikLongYani
#aAdyHomestay
#SahabatBaikWajibDiCari