Samhani dan Adyani

Sam, apabila kita berjumpa di masa hadapan. Kita boleh bercakap dengan gaya bahasa sebagaimana kita bercakap pada hari ni. Ekslusif untuk kita-kita sahaja.

Dan apabila orang tanya, Dr Samhani Ismail bercakap dengan siapa tu?

Tu lah kawan kacip saya.

Itulah antara perkara yang kami pernah berjanji sebagai sahabat. Berjanji apa pun pangkat dan title kami, kami tetap akan mengekalkan apa yang kami ada sejak dulu.

Asma Mn pernah meluahkan rasa terkejut yang kami berdua masih membahasakan diri ana dan nti. Malah Norhasidah Ismail pun ingat Cik Long bercakap dengan muslimin apabila call Sam 😜.

Haha

Cik Long menyaksikan betapa tabah dan cekalnya sahabat ini dalam menghadapi perlbagai ujian dan mehnah untuk mengengam kejayaan sebagai Dr PhD.

Di saat orang lain menukar ijazah sains kepada perguruan, beliau menukar ijazah perguruan kepada sains tulen.

Kadang-kdang rasa pelik jugak dengan Sam, tetapi Cik Long pun dalam katogeri pelik jugak bagi orang lain. Jadi sesuai lah, si pelik berkawan dengan si pelik 😜.

Di saat Cik Long masih tidur, beliau dah bangun dan mengulangkaji di meja. Rasanya dia lebih banyak belajar di meja putih tu berbanding Cik Long sendiri.

Sepanjang minggu ini, tiada yang dapat Cik Long bantu, sekadar mendoakan dari jauh.

Dia dan Cik Long bagaikan Pluto dan sang matahari dari segi pengiktirafan pendidikan. Tetapi rendah hati dan budilah membuatkan kami sentiasa dekat dan saling sokong menyokong antara satu sama lain.

Tahniah sahabatku…

Semoga jalan yang bakal dilalui ini akan membantu gerakerja Islam di masa kini dan akan datang.

#DiariCikLongYani
#SahabatBaikWajibDiCari

Catatan dari FB : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156119458801254&id=527881253