Jam dan Cik Long

Jam dan Cik Long
===============

Cik Long tak banyak koleksi jam dalam hidup ni. Maksud Cik Long, koleksi yang dibeli sendiri. Jam pertama adalah hadiah dari ma dan ayah kerana dapat keputusan agak baik semasa di MMP berakhir dengan jatuh entah di mana semasa naik bas no 4 menghala ke “rumah orang tua”.

Kenapa agak baik tu sebab susah nak dapat 20 terbaik. Kalau dapat 10 terbaik… uols memang superb 👍.

Stress belajar di MMP berbaloi apabila berjaya jadi “orang”.

Jam kedua adalah jam yang Cik Long beli sendiri apabila naik gaji buat pertama kali. Cik Long ajak arwah ma pilih di kedai, sebab Cik Long tak pandai nak pilih jam 😜. Bagi Cik Long memandailah tengok jam di handphone.

Kenapa pergi beli tu sebab tuntutan kerja, jam dikira aksesori yang sesuai sebagai penjawat awam.

Jam ketiga adalah jam dihadiahkan kepada Cik Long.

Jam keempat adalah jam arwah ma, terjumpa semasa mengemas barang-barang arwah. Cik Long simpan buat kenangan dan kadang-kadang pakai sekali sekala.

Mi band adalah jam kelima Cik Long yang dibeli dengan niat untuk kegiatan bersenam dan aktiviti seumpamanya 😬. Tapi Cik Long rasa… turun tangga, naik tangga pejabat yang paling banyak Cik Long amal dan buat.

Hampir dua tahun jugaklah duk pakai Mi Band ni sehinggalah suatu hari entah macamana jam ni tertinggal di suatu masjid. Masa tu tumpang kereta kawan, dia kata nak patah balik, Cik Long kata tak payahlah.

Sebenarnya masa tu Cik Long duk pikir pasal nak kejar masa. Ada mesyuarat tergempar dan kawan Cik Long tu kata nak singgah makan cendol. Congak-congak, tak sempat nak patah balik dah.

Disebabkan kejadian ni lah, dapat rezeki jam coach ni. Berapa RM, Cik Long tak pernah tanya cuma Cik Long hanya diberi peringatan, kalau jam ni tertinggal di mana-mana, sila patah balik cari dan ambil. 😂 Sebab sayang sangat jadi jarang nak pakai takut tertinggal punyer pasal la.

Jam ketujuh, Cik Long dipujuk untuk sama-sama pergi beli 3 hari sebelum HSK 2019 berlangsung 😜.

Murah atau mahal jam tidak akan menyebabkan kita terlebih atau terkurang daripada orang lain.

Mahalnya sebuah jam terletak pada nilai KEIKHLASAN dan juga MASA yang dimanfaatkan.

Mungkin bagi orang lain, melaksanakan HSK umpama melaksanakan gerakerja program seperti biasa tetapi bagi Cik Long, ianya umpama mengamit memori bersama arwah ma.

Semasa gerakerja HSK 2016 peringkat antarabangsa, ma sakit terlantar di rumah. HSK 2019 sekali lagi peringkat antarabangsa, ma sudah tiada. Pahala gerakerja HSK 2016 dan 2019, Cik Long hadiahkan untuk arwah ma. Alfatihah buat arwah ma.

Terima kasih kepada ahli keluarga Cik Long, sahabat handai yang meluangkan MASA, tenaga, idea, wang serta mendoakan untuk menjayakan Hari Sayyidatina Khadijah 2019.

Hanya Allah sahajalah yang mampu membalas kebaikan hati kalian.

#HariSayyidatinaKhadijah2019
#AgarDiriMuSemuliaKhadijah
#HSK2019