Hari terakhir Hafidzah

Assalamualaikum wrt wbt

Nak memulakan catatan sebegini kadang-kadang boleh termenung dibuatnya…itulah sebabnya lama Cik Long tidak menulis di sini.

Kadang-kadang menulis di fb lagi mudah senang untuk dikongsi dengan kawan-kawan.

Hari ni hari terakhir sebelum hari raya 2019, disebabkan dah ramai staff yang mula cuti dan tak “menganggu” Cik Long, bolehlah luang masa menulis sekejap di sini.

Hari ini juga hari terakhir, Hafidzah dari USIM selesai berpraktikal dengan Cik Long.

Pejam celik pejam celik sudah 4 bulan Hafidzah berpraktikal dibawah selian Cik Long. Cepat masa berlalu kan?

Entah berapa ramai dah yang datang praktikal yang Cik Long selia sejak tahun 2010. Pelajar praktikal yang pertama, kami masih berhubung sampailah sekarang. Alhamdulillah.

Bukan senang nak urus mereka ni kerana jarak umur, latarbelakang keluarga dan pendidikan memainkan peranan penting dalam kita menentukan cara untuk melatih mereka. Cara mereka berfikir jua mempengaruhi cara kita berkomunikasi dengan mereka.

Biasanya silibus pertama pelajar praktikal yang akan Cik Long akan ajar adalah berlatih buat air sampai sedap.

Haha

Yang ni tak semua lulus tapi yang lulus dengan berjayanya biasanya pelajar praktikal yang paling sabar dan paling taat.

Sebab mana ada pelajar praktikal datang untuk berpraktikal dengan mula latihan buat air kan? Jatuh ego dan menguji kesabaran.

Hafidzah datang berpraktikal semasa kami kalut dengan urusan perpindahan pejabat dan juga persiapan program Hari Sayyidatina Khajidah 2019.

Alhamdulillah, dengan bantuan beliau dan juga Tikah, Atikah, Tirah, Adyana, Diyana dan Ayu sedikit sebanyak membantu meringankan beban kerja kami.

Cik Long doakan semoga Hafidzah terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi untuk masa akan datang.

Terima kasih atas tandamata yang sangat unik ni. Inilah pertama kali Cik Long terima hadiah sebegini. InsyaAllah akan simpan kenangan ini selahi hayat dikandung badan.

Cik Long juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya Eidulfitri kepada semua sahabat yang mengenali diri ini.

Maaf Zahir dan Batin 🥰

0 – 0 ok?

Pertama kali terima hadiah sebegini dari pelajar praktikal