Uncategorized

Kenangan bersama Oki Setiana Dewi

Dulu Cik Long jenis tak ambil berat sangat untuk menyimpan gambar-gambar kenangan bertugas untuk VIP-VIP Kerajaan Negeri Kelantan.

Yelah… namo pun bertugas so mode bertugas tu memang tinggilah. 😆😄

Oghe kato tak ccaro benda lain doh la.

Salah seorang VIP yang pernah Cik Long iring adalah Oki Setiana Dewi, pelakon yang hangat diperkatakan dalam Ketika Cinta Bertasbih.

Beliau yang menerima jemputan dari Kerajaan Negeri hadir bersama bonda yang tercinta pada Mac 2012 yang lalu.

Terima kasih kepada Hana Sofwah yang upload gambar ini 7 tahun lepas. Sedikit sebanyak membantu Cik Long dapatkan balik gambar-gambar lama untuk disimpan untuk koleksi peribadi.