Diari CLY, Sihat Fizikal, Sihat Masa

Bahana tak hidupkan malam tadi

Assalamualaikum wrt wbt

Ni Cik Long nak cerita, semalam memang tidur lewat yang amat sebab menulis artikel dan mengemas bilik. Tang mengemas bilik tu memang dah tahap terpaksa sebab adik yang selalu datang cuci rumah tak dapat datang sebab mak dia jatuh dalam bilik air.  Adik tu Cik Long panggil Bah. Lupa pula nak tanya nama penuhnya apa :D.

Kemudian masa nak tidur tu sempat lagi berfikir, nak solat tahajud sekarang ke? atau nak solat masa terbangun nanti (macam lah yakin sangat boleh buat kan?).

Jadi apabila bangun pagi ni memang lah terbabas dah la satu pertiga malam. Jadi drama-drama yang berlaku pagi tadi memang tersangat best. Ni Cik Long cerita satu persatu :

Kisah pertama :
Akaun Grab tetiba suspended disebabkan Cik Long ada batalkan trip ke Aeon malam sebelumnya. Padahal pemandu Grab yang minta batalkan kerana dia tak sembahyang lagi katanya. Kenapalah ai ni baik sangat? Kang dah kena sebijik.

Panjang syarahan Cik Long kepada pihak pengurusan Grab kerana suspend akaun Cik Long tanpa mereka memeriksa sebab pembatalan trip tersebut.

45 minit menunggu memang hangin lah badan. Berkali-kali buat tempahan, asyik dapat notis pemandu sibuk memanjang jer, padahal ada ramai pemandu Grab sekitar kampung. 2 kali telefon ke pusat kawalan Grab, 2 kali uninstall dan install app barulah dapat Triton putih pagi tadi.

Akhirnya lambat sampai ke pejabat hampir 20 minit !
Mau tak kopak RM20.00 poket Cik Long membayar denda… aduhai…

Kisah kedua :
Tetiba satu fail untuk urusan pejabat hilang. Habislah anak buah kena kerah untuk cari satu fail tu.

Yang ni Cik Long malas nak cerita panjang sebabnya 2 jam setengah mencari sampai siap satu stor Cik Long kemaskan dengan anak buah. Kemudian tetiba kau ternampak fail tu sebenarnya duk atas meja kau je. Yang ni memang perghhhh.

Masa inilah kau baru teringat yang kau belum lagi bersarapan tapi waktu dah masuk waktu makan tengahari. Kesian kan?

Kisah ketiga :
Hari ni ada deal dengan beberapa orang. Ntah macamana kurang menjadi. Kau rasa?

Kesimpulan :
Lain kali solatlah walaupun dua rakaat. Lepas tu kau tidurlah puas-puas ok

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s