Alhamdulillah, pagi ini Cik Long dan pihak pengurusan U-KeKWa sangat bertuah kerana dapat berjumpa YBM Tengku Puan Temenggung di Istana Kota Lama.
Dalam pertemuan tersebut YBM Tengku Puan Temenggung mengucapkan tahniah diatas perlantikan YB Mumtaz selaku exco dan YB Rohani selaku timbalan exco.
Cik Long tak sangka YBM ini sangat prihatin dengan isu-isu wanita Kelantan walaupun baginda bukan berdarah keturunan Kelantan. Malah anakanda, Tengku Balqis juga telah telah menjemput kami sebelum ini ke satu seminar UNICEF yang membincangkan isu-isu kanak-kanak yang bernikah berikutan dengan isu yang tular di media sosial, kanak-kanak umur 11 bernikah baru-baru ini.





You must log in to post a comment.