Diari CLY

Ribut Minda sesi 2018-2022

Cik Long dan beberapa orang staff diminta datang sehari awal untuk membuat persiapan di tempat program. Sekitar jam 10 malam, sebaik sahaja semuanya sampai, kami terus ke dewan.

Walaupun maisng-masing penat, kami terus bekerja dalam diam. Lagi cepat siap lagi bagus kan. Ini adalah sebahagian gambar semasa persiapan malam tu. Terima kasih Arif kerana snap  gambar semasa persiapan. 

Alhamdulillah semalam telah selesai Ribut Minda untuk gerakerja 5 tahun akan datang. Ini merupakan amalan biasa kami di pejabat bagi setiap kali selepas PRU. Yang ni kira Ribut Minda yang besar-besaran kemudian setiap tahun disusuli ribut minda yang skala kecil.

Alhamdulillah kehadiran 28 orang pakar semalam memberikan banyak mutiara kata, idea dan komentar penambahbaikan kepada kami semua. Tak sangka mereka meluangkan masa cuti mereka untuk bersama kami. AllahuAkbar.

Dari pagi sampai ke rapat waktu Maghrib banyak cadangan dan komentar berkaitan bidang tugas kami iaitu bagi portfolio Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan. Sampaikan ada staff yang bagitahu, senok braso otok… haha

InsyaAllah semua ini akan dirangkumkan dalam satu plan yang akan dikemukakan kepada pihak Kerajaan nanti.

Ini sebahagian gambar-gambar yang ingin Cik Long simpan buat kenangan di masa depan. Wajah ceria, senyum, serius, tekun adik-adik staff mengundang sebak di hati Cik Long. Malah ada staff yang tengah ada morning sickness pun komited hadir mengikuti sumbang saran ini..  Hanya Allah yang dapat membalas jasa semua.

Semasa berbincang untuk compile cadangan kepada resolusi semalam. Tetiba Bazilah mengajak buat hand of circle dengan kepala-kepala unit. Haha… nampak kebudak-budakan sikit tapi itulah yang buat kami tergelak semalam selepas seharian senok otok.

img-20180529-wa01431769162251.jpg
Bertukarrrrr

#DiariCikLongYani
#KelantanCaknaWanita
#WanitaKelantan

 

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s