Kelantan Sejahtera Untuk Islam, Mahu cantik, Mahu Hamil, Mahu sihat, Produk Kesihatan Badan, Program 2014

Mamapride

10372351_601095503321404_8552943717152941676_n

Beberapa hari lepas Dr Afnan ada menulis mengenai projek MamaPride yang kami siapkan pada tahun 2014. Seingat Ciklong, inilah projek Cik Long yang paling epic sekali kot. Ramai orang tak tahu. Cik Long dan Bazilah terpaksa batalkan cuti dan tangguhkan urusan projek lain gara-gara nak siapkan MamaPride. Nama MamaPride ini idea YB Mumtaz semasa kami mesyuarat di rumah Dr Harmy di Kubang Kerian.

Asalnya PAPISMA cuba siapkan hampir 5 tahun dan pelbagai macam-macam cara mereka cuba tapi tak berhasil.

Akhirnya mereka pergi jumpa YB Mumtaz. YB Mumtaz panggil Cik Long untuk bantu siapkan projek tu.

Kerja dengan YB Mumtaz ni buat Cik Long rasa nak karang buat buku bertajuk Waibi dan Cik Long. Ok tak tajuk buku tu?

Awalnya, kami bersetuju dengan PAPISMA tak nak hebohkan sangat penglibatan KERAJAAN NEGERI KELANTAN kerana tak nak seluar ni diTOLAK disebabkan sentimen anti kerajaan. Dalam masa yang sama kita bimbang juga ada pihak-pihak yang menyekat usaha kami.

Selepas selesai prototaip, kami buat kajian  untuk penerimaan ibu-ibu dan juga pihak hospital dan juga doktor-doktor utk memastikan betul-betul produk kami Mesra Aurat utk ibu-ibu.

Seluar tersebut dipatern bersama PAPISMA dengan Badan Intelek Malaysia

************
Sebelum kisah kami dipanggil oleh YB Mumtaz. Ada cerita lagi di sebalik pembikinan Mamapride.

Cik Long masih ingat lagi panggilan pertama Dr Raz bertanyakan mmano tempat nak siapkan projek seluar bersalin yang beliau dan tim PAPISMA uruskan.

Cik Long pun bagilah senarai pembekal yang mempunyai kilang jahit kepada beliau yang CIk Long tahu.

Pastu senyakkkkk lamoooo..

Tetiba pada suatu hari..
YB Mumtaz panggil Cik Long untuk bantu siapkan projek ni. Rupanya Dr Harmy dan Dr Afnan pitah kak Taz… aduila

Masa tu… Cik Long dengan Bazilah pergi mesyuarat dengan muko centung la… Boleh ikat muncung sebab Cik Long banyak lagi projek yang nak ssiap ni weiiii masa tu. Semuanya memerlukan komitmen tinggi.

Balik dari terima arahan tu.

Cik Long panggil semua staff bawah Cik Long.

Minta tangguh dulu projek lain.

Fokus dan siapkan timeline MamaPride.

Tidak sampai dua bulan,  gohek gostan alhamdulillah semuanya siap mengikut jadual.

Projek MamaPride tu siap dengan kreativiti guru yang tak dop SKM pun masa tu. MasyaAllah… sampai ko loni Cik Long tak leh nak ccayo lagi, projek tu boleh siap cepat.

Apa yang menyabarkan Cik Long utk siapkan projek ini adalah pikir PAHALA.

Hari-hari Cik Long duk ratib PAHALA akan maghi ko aku kalu aku siapkan projek ni lilahitaala untuk umat Islam.

Hari-hari Cik Long duk ratib PAHALA akan maghi ko aku kalu aku siapkan projek ni lilahitaala untuk umat Islam.

YB Mumtaz ni adalah YB yang selalu follow up projek. Lepas tu details pun tanya satu-satu… adei…

Semasa tengah duk ssiap MamaPride tu… dam lagi dia duk nanyo projek-projek hok Cik Long tangguh mmeta tu…. kade-kade naik stresss la jugok… tapi sekarang ni semuanya rasa berbaloi melalui detik-detik itu.

Sebab itulah apabila MamaPride siap, produk itu boleh lancar terus kerana Cik Long buat juga kerja-kerja teknikal untuk Hari Wanita Kelantan (kemudian dikenali dengan Hari Sayyidatina Khadijah pada tahun 2015) dalam sibuk menyiapkan Mamapride.

Alhamdulillah, ala kullihal semuanya telah selesai. Lega dapa menyumbang sesuatu untuk masyarakat walaupun Cik Long sendiri belum pernah mencubanya.

Rujukan :

Mesyuarat kali pertama : Gambar tak dapat dikesan
Mesyuarat kali 2 : http://bit.ly/MamaPride2
Mesyuarat kali 3 : http://bit.ly/MamaPride3

Fanpage MamaPride : http://bit.ly/PageMamaPride
Cerita Dr Afnan : http://bit.ly/MamaprideDrAfnan

**********

Cadangan untuk ibu yang mengandung. Klik link di bawah ya 🙂

Set Prenatal
Set Posnatal

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s