Program 2018, Warga Emas

Kembali ke Rumah Seri Kenangan

Dulu kecil, sekarang sudah besar gemuk…

Tergelak sakan Cik Long apabila ada penghuni Rumah Seri Kenangan Taman Kemumin (RSKTK) atau dikenali juga Rumah Orang Tua masih mengingati Cik LongĀ šŸ˜œ

Ramai menyangka perempuan yang bersebelahan Cik Long ini adalah nenek Cik Long tetapi sebenanrnya adalah puan Rohana, mualaf yang tinggal di di RSKTK sejak zaman anak dara lagi.

Dulu, RSKTK bukan sahaja menjadi tempat tinggal warga emas, tetapi juga pelbagai golongan masyarakat yang tidak mempunyai tempat tinggal.

Antara penghuni yang Cik Long kenal adalah Pak Abu yang menikahi kembar Puan Rohana, iaitu Puan Rohani. Pak Abu membela banyak itik di RSKTK. Apabila difikirkan kembali, pelik juga kenapa ada penghuni membela itik. Sepanjang tinggal di kuarters RSKTK, telur itik adalah telur paling senang didapati.

Abe Nasir, warga berkerusi roda juga adalah penghuni yang paling kami sukai kerana beliau mempunyai bilik khas dan mempunyai pelbagai tape video filem. Kadang-kadang kami pergi melepak di bilik beliau sambil menonton filem.

Pok Yeh pula penghuni yang suka menyakat dan menghambat kami. Adus la… setiap kali bertembung… mahu tak kami ni memecut melarikan diri. Kenapa lari… ntah la… barangkali sebab dia selalu kejar kami. Pok Yeh tidak boleh bercakap dengan baik tapi suka tersengih tanpa gigi. Hihi…

Penghuni lain, Cik LOng tak berapa ingat tapi kebanyakannya telah kembali ke rahmatullah. Tinggal puan Rohana sahajalah yang ada sekarang ini.

Semasa Cik Long pergi melawat RSKTK kerana Lawatan kerja Exco YB Mumtaz bersama UPWK, Cik Long sempat bertemu dengan kawan-kawan arwah ma antaranya Encik Asri dan Encik Bukhari. Sedih gembira bercampur aduk pula apabila diingat kembali.

Kenangan yang paling mengusik perasaan adalah apabila naik bas SKMK, apabila pemandu bas tanya nak ke mana….? Cik Long mesti jawab, nak ke rumah orang tua.

Kalau pemandu bas tu pemandu bas, mesti beliau akan respon, semua orang meme balik ke rumah orang tua.

Haha

24 tahun tinggal di kawasan kuarters yang sama.

img-20180405-wa01211406301172.jpg
Tergelak sakan Cik Long Yani apabila puan Rohana bagitahu CLY dah besar dan gemuk sekarang ni…

 

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s