Mengembara

Berilah rasa hormat

Usai persiapan booth UPWK di KALA Festival, kami semua pergi makan malam. Sudah agak lewat tetapi dek kerana lapar yang amat, kami makan jugalah. Selepas makan, Cik Long ikut tim pameran ke penginapan kerana telah berjanji dengan Fauwaz untuk ambil Cik Long dari sana untuk ke KLIA2.

Sampai di KLIA2, Cik Long terus ke level 1 untuk ke Capsule Hotel untuk mandi. Dari pagi 29 Mac sampai dekat pukul 1 pagi esoknya berbaju batik. Aduhaiii…. Cik Long rasa, Cik Longlah paling jangokksss sekali dalam KLIA2 ni, semua orang berpakaian kasual @ santai… ai tibai pakai batik tengah malam buta 😂😂😂

Selepas segar mandi, ingat nak singgah surau level 1, berhadapan dengan Capsule Hotel tetapi malangnya ianya ditutup. Rasa nak ceroboh pun ada sebab Cik Long belum lagi solat jamak Maghrib Isyak.

Jadi Cik Long pergilah ke surau level 2. Sampai kat sana, tak tahulah nak marah ke apa… penuh bergelimpangan kaki travel tidur sampai tiada ruang untuk solat langsung… Cik Long tahulah waktu dah sangat lewat untuk solat tetapi hormatilah peringatan yang disediakan oleh pihak pengurusan lapangan terbang.

Nasib baik Cik Long standby bawa shawl untuk dijadikan sejadah. Nak tak nak terpaksalah Cik Long solat  di hadapan papan tanda ini. Sebenarnya boleh sahaja Cik Long solat di tempat lain kerana KLIA2 ini luas tetapi bimbang pula menjadi perhatian.

Berilah rasa hormat walaupun kita rasa menyampah sekalipun. Cik Long maafkan mereka yang menyebabkan Cik Long sedikit berapi tadi. Dunia hanya sementara, akhirat  yang tetap kekal abadi.

#DiariCikLongYani

ciklongyani

Assalamualaikum semua & salam sejahtera..

Terima kasih kerana mengunjungi blog Cik Long Yani.

Saya adalah NUR ADYANI MOHAMED admin untuk blog CikLongYani.com.

Salam perkenalan dari Cik Long :D.

You may also like...