:: Vita-Lea® Iron Formula ::, b-complex, ESP - Soy Protein Isolate Powder, Mahu sihat, Mengembara, Program 2018, Sustained Release Vita-C Plus™, Urus Program, vita-lea

UPWK @ KALA

Awalnya Cik Long memang tidak terlibat secara langsung untuk persiapan untuk program KALA di Bangi Convention Centre. Lagipun Cik Long telah diminta hadir kursus di Pejabat Pegawai Keselamatan di Bandar Enstek, Negeri Sembilan selama tiga hari sebelum program berlangsung.

Namun disebabkan kursus habis awal pada waktu tengahari Khamis tu, Cik Long terus naik GRAB ke tempat program untuk membantu persiapan, lagipun Puan Ilvira tidak dapat hadir ke Bangi disebabkan tidak sihat.

Apabila sampai di tempat program, Cik Long terus hubungi Beah. Rupanya mereka masih lagi berada di Gua Musang. 😩 Lambat lagi la Cik Long melepak di tempat program. Nak buat apa pun tidak boleh sebab barang-barang pun masih bersama staff yang masih dalam perjalanan.  Nasib baik Hiluani dan Saadah menjadi urus setia program, jadi Cik Long berborak-borak dengan mereka.

Sebaik sahaja sampai, terus kami menyiapkan booth UPWK yang seluas 10″ x 20″. Cik Long sangat bersyukur dapat bekerja dengan staff-staff yang rajin dan memahami tanggungjawab. Tanpa mempedulikan letih dan lelah serta lapar, mereka terus membuat kerja tanpa banyak soal dan banyak cakap. Malah ada staff yang datang dengan suami dan anak, semuanya sporting membantu bersama bagi memastikan booth dapat disiapkan.

Alhamdulillah semuanya siap sebelum tengahmalam. Selepas selesai persiapan, kami pergi makan malam kemudian ke penginapan. Tetapi Cik Long terus ke KLIA2 dengan Fauwaz kerana flite Cik Long jam 6 pagi 30 Mac 2018.   Cik Long terpaksa balik kerana ada kelas terakhir di OUM. Jadi sepanjang awal pagi tu Cik Long melepak di KLIA2 sementara menunggu waktu boarding.

Cik Long? Penat dan lapar juga tetapi Cik Long dah telan siap-siap Vita C, Omega Guard, Vita-lea, B Complex dan ESP untuk membantu kekal cergas sepanjang 36 jam berikut tanpa tidur 😵.

*****************************************************
Nak dapatkan Set Kekal Cergas sepanjang hari ?

Type ‘SET KEKAL CERGAS‘ dan whatsapp ke 011-56622456 sekarang juga!

Saya akan bantu anda untuk dapatkan SET KEKAL CERGAS untuk anda .

ATAU

Klik SET KEKAL CERGAS untuk belian terus dari HQ 😉
*****************************************************

 

This slideshow requires JavaScript.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s