Isteri, Keluargaku Sayang, Suami

Ayohku nikah lagi part 1

Bawang Putih, Bawang Merah
Lela Manja
Cinderella

Semuanya cerita dongeng yang popular mengenai ibu tiri yang jahat, yang menzalimi anak tiri kan? Cuma saya tak pasti, ada tak cerita mengenai bapa tiri yang tidak baik. Semasa kecil-kecil dulu, saya hanya melihat filem dan membaca buku-buku sebegini tanpa perasaan. Cik Long sendiri pun tidak pernah terfikir akan mempunyai ibu tiri suatu hari nanti. Nak tahu kenapa? Sebabnya arwah ma Cik Long sendiri merupakan anak sulung dari isteri kedua kepada arwah tok ayah. Menjadi ibu tiri atau isteri kedua bukan suatu dosa jika sang suami boleh berlaku adil dan tahu tanggungjawab.

Apabila memasuki alam remaja, ada dikalangan kawan-kawan saya yang mempunyai ibu tiri, namun cerita penyeksaan sebagaimana yang digambarkan di dalam filem tidak  pun! Malah Cik Long juga baik dengan ibu tiri kawan-kawan Cik Long.

Meningkat dewasa kini, realiti ibu tiri bukan sejahat yang digambarkan semakin terhapus dalam kotak fikiran. Mungkin ada yang berperangai sebegitu tapi tidak semua. Sebahagian kecil kawan-kawan Cik Long juga merupakan ibu tiri kepada anak-anak segera mereka. Malah ada kawan Cik Long yang sama-sama belajar di MMP dulu, juga memegang status ibu tiri atau isteri kedua.

Cik Long bernasib baik mempunyai ayoh yang setia kepada arwah ma sehingga ma menghembuskan nafas terakhir. Bersyukur kerana tiada drama atau sinetron yang keterlaluan dalam menghabiskan masa “bermain” di dunia sebelum ke akhirat.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s