Program 2007, Urus Program

Nisa’ Games 2007

Nisa’ Games 2007 merupakan kejohanan sukan yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan Nisa’ Malaysia yang disertai oleh 1,215 orang beliawanis dari seluruh negara. Kejohanan yang pertama kalinya diadakan  selama 2 hari berturut-turut pada 18 – 19 Februari 2007 membuktikan bahawa Islam sama sekali tidak menghalang seseorang itu untuk aktif bersukan dan berjaya dengan cemerlang di dalam bidang tersebut, terutamanya bagi kaum wanita yang meminati bidang ini. Asalkan cara perlaksanaan kejohanan sukan itu tidak melanggari hukum syarak, maka semuanya dibolehkan dalam Islam.

Tetiba Cik Yana mesej bagitahu jumpa gambar Cik Long masa buat program Nisa’ Games 2007.   Zaman kuruih… Teruja sangat apabila dapat tahu, sebab kebanyakan gambar zaman dulu-dulu, banyak disimpan dalam friendster. Sekarang frienster sudah tiada lagi.

Apabila ditilik-tilik gambar tu sebenarnya gambar lain. Kalau tak silap gambar tu semasa menghantar bantuan RM1juta bagi pihak Kerajaan Negeri Kelantan semasa banjir di Johor pada akhir tahun 2006.

Satu-satunya gambar kenangan dalam Nisa’ Games hanya ada satu sahaja. Itupun diambil melalui internet. Sayangnya pula Cik Long langsung tak berpaling pun menghadap kamera . Konon-kononnya jadi bodyguard muslimah la masa tu mengawal Ruqaya Al-Ghasra, Briged Muslimat belum wujud lagi tau masa ni. Tudung yang dipakai dalam gambar itupun masih disimpan buat kenangan .

a3270-cover_mock-games1

Semasa Nisa’ Games, Cik Long bertugas mencari dan menguruskan 200 orang sukarelawan wanita. Lenguh tangan weh duk mesej melayan karenah 200 orang. Memacam. Namun apabila dikenang kembali, manis pula.

Zaman hari tu, kebanyakan AJK semuanya hanya menggunakan Nokia 3310 sahaja. Itupun dah dikira canggih. Kalau jatuh, berterabur casing dengan bateri . Lepas program tu, Cik Long terus tekad membeli telefon pintar jenama Nokia N17. Hp ini dah boleh sync dengan laptop, dan boleh menulis mesej melalui laptop. Alhamdulillah, lega sikit kesakitan di tangan. Kesakitan akan mendorong kita mencari sesuatu yang melegakan kesakitan kan kan.

Ini adalah sebahagian gambar-gambar yang Cik Yana bagi kepada Cik Long. Rupa-rupanya Aida, adik ipar Cik Long pun menyertai juga kejohanan ini sebagai pemain badminton . Kecilnya dunia.

This slideshow requires JavaScript.

Seramai-ramai sukarelawan yang terlibat, hanya seorang sahaja yang masih berhubung sampai sekarang. 199 orang lagi dimana agaknya mereka semua? Cik Long berharap mereka dapat berhubung dengan Cik Long di talian 013-9281432. Rindu pulak.

Salam sayang ❤,
Cik Long Yani

http://www.CikLongYani.com
http://CikLongYani.wasap.my

2 thoughts on “Nisa’ Games 2007”

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s