Urus Program

Sukarelawan Bencana Monsun Timur Laut

Masa kecil-kecil dahulu, banjir merupakan satu pesta. Pesta bermain air. Sehinggakan kedatangan musim tengkujuh dinanti-nantikan. Malah menu musim banjir turut bertukar. Musim ini, kami akan banyak makan ubi. Jika ubi tidak  digali, air banjir akan menyebabkan ubi rosak. Kadang-kadang kami makan ubi kayu, ubi badak, ubi stelo, ubi itek, ubi keledek. Pendek kata bermacam jenis ubilah kami makan musim ni. Yang paling best adalah makan putu yang dibuat dari ubi kayu. Yummy…

Namun, sejak bah kuning 2014, banjir tidak lagi dianggap remeh lagi. Malah kedatangannya membuat hati gundah gelana. Malah Cik Long pun terasa siki bila diingatkan kembali keadaan 2014 dulu. Masa tu arwah ma sudah jatuh sakit dan sepatutnya perlu mendapat rawatan mencuci luka tetapi terpaksa ayoh yang cuci kerana 4 anak tangga rumah sudah dinaiki air. Kami pula tiada kemudahan seperti bot. Jika dapat keluar kampung sekalipun, jalan-jalan ke HUSM ada yang tidak boleh dilalui. HRPZ2 memang sedia maklum, tenggelam setiap kali banjir besar. Allah sahajalah yang tahu perasaan masa itu. Bimbang, takut, sedih bermacam-macam perasaan bermain di kepala.

Tatkala keluarga sendiri terperangkap di rumah, Cik Long telah dipanggil bertugas 24 jam di Bilik Operasi MeSRA (BOM) sehari sebelum air banjir dari hulu turun ke hilir yang menyebabkan 3/4 negeri Kelantan tenggelam. Tugas Cik Long adalah menjadi operator mengenal pasti mangsa-mangsa yang terperangkap dalam rumah. Kebanyakan maklumat diperoleh secara rawak melalui WhatApps, FB, SMS dan lain-lain. Selepas maklumat diperolehi, Cik Long akan berhubung dengan Bilik Gerakan Banjir Jajahan untuk memaklumkan situasi dan kedudukan mangsa untuk diselamatkan.

Kalutnya masa tu kadang-kadang membuatkan Cik Long menangis sendirian apabila menjawab soalan-soalan mangsa yang terperangkap melalui SMS dan WhatApps. Ya, mereka semuanya dalam keadaan panik kerana tidak berpindah mengikut arahan pihak berkuasa. Situasi pada masa itu sangat cemas, malah Kota DarulNaim juga turut ditenggalami air.

Cik Long terlibat sebagai sukarelawan banjir secara aktif sejak tahun 2007 lagi dengan pelbagai NGO termasuklah Nisa’ Kelantan, Yayasan Amal Malaysia, Markaz Siswazah Kelantan, iGRad dan lain-lain lagi. Malah pernah menyertai misi kemanusian di Johor semasa banjir besar yang menenggelamkan sebahagian besar Kampung Kelantan di Johor beberapa tahun lepas.

Berkenaan dengan SUKARELAWAN BENCANA MONSUN TIMUR LAUT, untuk sesiapa berminat bolehlah membaca maklumat di bawah :

MeSRA atau Pertubuhan Sukarelawan Rakyat Negeri Kelantan sedang mencari sukarelawan yang boleh bertugas bila-bila masa sekiranya dipanggil Pusat pemindahan yang terlibat dengan bencana banjir.

Jika berminat daftarkan segera dengan menyertai group whatsapp sukarelawan: https://goo.gl/ornWjS

atau dengan menghantar maklumat anda ke Whatsapp, klik Nak Jadi Sukarelawan Banjir

atau sms Nama, no tel dan no ic ke talian HOTLINE MESRA 013-9846913

Untuk mendapatkan info lanjut mengenai aktiviti kami, sila LIKE page MeSRA.

img-20171130-wa0098985916518.jpgMelibatkan diri dengan kerja-kerja sukarelawan tidak pernah padam dalam jiwa Cik Long kerana pengalaman itulah yang mendewasakan Cik Long pada hari ini.

Salam sayang ❤,
Cik Long Yani, sukarelawan dulu, kini dan selamanya. Fastabiqul khairat.

http://www.CikLongYani.com
http://CikLongYani.wasap.my

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s