ESP - Soy Protein Isolate Powder, Mengembara, Urus Program

Rumah Ngaji

Sepatutnya Cik Long bertugas mengiring waibi minggu lepas tetapi disebabkan Cik Long terlibat dengan sekretariat merangkap pengurusan acara Malam Kesenian Wanita Kelantan dan terpaksa hadir program di Kuala Lumpur. Maka Cik Long tukar shift dengan Syie yang sepatutnya bertugas minggu ini.

Mulanya terkejut juga apabila diberitahu kena ke KL lagi, maklumlah, minggu lepas dah ke KL, minggu ini ke KL juga dannnnn… Cik Long akan ke KL lagi minggu depan 😀

Apapun, tugasan wajib dilaksanakan dengan sepenuh hati walaupun dapat notis pendek. Baju minggu lepas pun belum basuh lagi :D. Nasib baik Cik Jah bantu Cik Long siapkan packing semua vitamin Shaklee. Kali ni Cik Long bawa satu tong ESP sebab dah sedia maklum dengan jadual waibi yang agak padat. ESP tu lah yang Cik Long telan nanti untuk menahan lapar.

Tugasan pertama adalah pergi berjumpa dengan koordinator Rumah Ngaji untuk mendengar taklimat berkaitan dengan Keramat Lab dan juga Saving Family Programme. Kecilnya dunia rupanya Puan Marhaini adalah satu alumni ESQ 165. Puan Yatt pula merupakan rakan kepada waibi Khairiah. Teringat kata murabbiah Cik Long, kita kena buat dengan semua orang sebab kita tidak tahu dengan siapa yang kita akan berjumpa di masa akan datang.

20171124_143542-1.jpg

Selain Cik Long, Wani dan Sue juga turut hadir ke Rumah Ngaji. Kedatangan kami disambut dengan pelbagai juadah kuih muih, nasi himpit dengan rendang mak Puan Linda dan macam-macam lagi. Tapi yang paling best adalah teh beng vanilla cincau… memang manis tahap diabetes 😀

Selepas hampir 2 jam perjumpaan, pelbagai info menarik tentang Rumah Ngaji. Kalau nak tahu, boleh klik Rumah Ngaji untuk tahu lebih lanjut.

This slideshow requires JavaScript.

Selepas perbincangan, kami bercadang mahu membeli buku di Karangkraf Mall tetapi tidak boleh, rupanya kawasan kompleks Karangkraf ini dijadikan tempat solat Jumaat. Jadi kami perlu tunggu sehingga selesai untuk keluar dari Rumah Ngaji.

Sempat jugaklah membeli buku Didi and Friends untuk Fattah dan Fathan dan beberapa buku untuk Cik Long sendiri. Semuanya dapat potongan diskaun 25% dengan mengunakan kad VIP Karangkraf. Best kan.

Salam sayang ❤,
Cik Long Yani suka buku.

http://www.CikLongYani.com
http://CikLongYani.wasap.my

 

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s